Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan agar bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Abd. Malek Hussin dibayar ganti rugi sebanyak RM2.5 juta atas penderaan serta penahanan secara salah selama 57 hari kira-kira sembilan tahun lalu.
Keputusan tersebut menjadikan bekas Setiausaha Eksekutif Pas itu sebagai bekas tahanan ISA pertama yang berjaya di dalam samannya terhadap polis dan kerajaan.
Hakim Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus memerintahkan kerajaan membayar RM1 juta kepada Abd. Malek bagi ganti rugi am kerana penahanan secara salah, gantirugi am bagi kecederaan dan perubatan sebanyak RM500,000 serta RM1 juta bagi gantirugi teladan.
Beliau semasa membaca penghakiman setebal 41 muka surat berkata, plaintif tidak pernah dimaklumkan dengan jelas tentang alasan penahanan sebagaimana yang dikehendaki di bawah Artikel 5(3) Perlembagaan Persekutuan.
Menurut beliau, defendan pertama (Asisten Supritendan (ASP) Borhan Daud) juga gagal mengemukakan bukti tentang aktiviti plaintif yang dijadikan alasan penahanan sebagaimana yang dikehendaki di bawah Seksyen 73(1) ISA 1960.
“Dakwaan defendan bahawa plaintif terlibat secara langsung di dalam perhimpunan-perhimpunan haram yang diakhiri dengan kacau bilau hanya dakwaan kosong tanpa bukti material.
“Cara soal siasat jelas untuk tujuan politik dan tidak ada kena mengena dengan soal keselamatan negara. Dengan kata lain, penahanan sejak dari awal adalah mala fide (dengan niat jahat),’’katanya.
Abd. Malek, 51, ditahan di bawah ISA pada malam 25 September 1998 selepas menghadiri satu demonstrasi di Masjid Negara pada tengahari sebelumnya.
Beliau yang kini merupakan Pengerusi Malaysians for Free and Fair Elections (MAFREL) ditahan selama 57 sebelum dibebaskan pada 21 November 1998.
Pada Mac 1999, Abd. Malek memfailkan saman menuntut ganti rugi RM30 juta dengan menamakan ASP Borhan dari Cawangan Khas sebagai defendan pertama, Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor serta kerajaan Malaysia sebagai defendan kedua dan ketiga.
Di dalam saman itu, beliau mendakwa telah ditumbuk dan disepak termasuk oleh Rahim sehingga tidak sedarkan diri semasa di dalam tahanan selain dipaksa minum air kencing serta didera secara seksual di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL).
Gi sini kalau nak baca lagi.
RSS feed for comments on this post · TrackBack URI
Leave a reply