Isu ini diketengahkan kerana kenaikkan tol merupakan salah satu penyumbang kenaikkan harga barang yg membebankan rakyat miskin.

Kesimpulan kpd Mesyuarat Kabinet 28 Nov lepas tlah meluluskan kenaikkan kadar tol di 6 kwasan dan tidak meluluskan kadar tol di 4 lebuhraya utama serta secara keseluruhannya pampasan sebanyak RM334M telah dibayar. Kerajaan juga telah menetapkan bahawa ‘tidak akan membebankan pengguna‘ bagaimanapun adalah tidak adil bg pembyar cukai yg bukan pengguna tegar lebuhraya ttp trus trbeban dgn cukai hasil yg x sepatutnya berlaku.

Punca permasalahan kenaikkan tol adalah kecelaruan kontrak antara kerajaan dan syarikat konsesi tol.Drpd kesimpulan kpd apa yg berlaku, kerajaan ternyata menyebelahi kehendak pemegang konsesi. Perjanjian tersebut diklafikasikan sbg Akta Rahsia Rasmi(OSA) mengukuhkan keraguan umum.

wlaupun pernah seketika dahulu, PM secara prinsipnya brstuju bahawa mendedahkan perjanjian konsesi didedahkan kpd umum ttp apa yg berlaku adalah sebaliknya… tiada satupun isi kandungan perjanjian konsesi yg didedahkan.

Apabila wang hasil rakyat yg dikutip setiap tahun… maka rakyat berhak untuk tahu bgaimana wang mereka diblanjakan…

Penangguhan selama setahun hanya disebabkan PRU ke 12 yg bakal diumumkan bila2 masa hanyalah gimik politik sbg umpan mengulangi kemnangan pihak kerajaan dan seterusnya tol akan dinaikkan.

Tidak timbul samasekali isu kerajaan terpaksa menanggung beban sekiranya kerajaan tidak melayan kehendak syarikat konsesi.

Selaku menteri kerjaraya, sebagai mewakili rakyat, sepatutnya meneliti & membuat kajian terperinci kewajaran kadar harga tol dan bukannya menjadi jurucakap bg pihak syarikat konsesi dgn menyatakan bhwa syarikat konsesi trpaksa menanggung hutang bank, membayar gaji kakitangan dan peruntukkan untuk penyelenggaraan.

Mesti faham bahawa, sebagai seorang menteri dan ahli parlimen yg dipilih oleh rakyat, beliau seharusnya meletakkan kepentingan rakyat di hadapan dan bukannya kepentingan ahli korporat.

Sign Up Advertlets